Wednesday 24 July 2013

HARIAN METRO - Serina berjaya susutkan badan (artiket ditulis oleh Wahi Aziz)

Berat badan yang makin menyusut ternyata memberikan lebih keyakinan kepada pelakon yang kini berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, Serina Redzuawan.
Jika sebelum ini, anak perempuan Chef Wan ini sinonim dengan bentuk tubuh yang gempal, keadaan itu mula berubah sejak tiga bulan lalu apabila dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 12 kilogram.
Serina berkata, ia berlaku kerana pengambilan makanan tambahan daripada produk kesihatan dan kecantikannya miliknya, Anggun Serina.

“Sebenarnya saya mula sedar kepentingan menjaga penampilan dan bentuk badan, lebih-lebih sebagai seorang selebriti. Lagipun kalau gemuk saya rasa tidak gembira dan tiada keyakinan diri.

“Saya mual mengambil pengambilan pemakanan yang sihat tetapi masih tidak dapat mengurangkan bahagian makanan yang saya ambil kerana saya ini memang jenis yang kuat makan.

“Dalam masa sama, saya mula amalkan makanan tambahan iaitu sejenis serbuk yang diberi nama Anggun Serina. Tak sangka dalam masa tiga bulan, berat badan saya mampu turun sebanyak itu,” katanya.

Bercerita lanjut, Serina berkata, produk itu sudah setahun dikeluarkan dan setakat ini ia mendapat respon menggalakkan daripada pengguna.

“Walaupun ia bukan produk menguruskan badan tetapi fungsinya boleh membuang toksin dalam badan dan membersihkan lemak kita ini.” katanya.

Serina berkata, memiliki tubuh yang sihat adalah aspek penting bagi memastikan pelbagai cabang perniagaan yang dijalankan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

“Saya kini memang agak sibuk dengan banyak urusan perniagaan sehinggakan saya kurang rehat dan kerana itu mungkin saya senang kurus.

“Bagaimana pun, saya suka dengan hidup saya sekarang kerana saya memang seorang kuat bekerja dan mungkin mewarisi sikap bapa saya,” katanya.

Namun, katanya, biar sesibuk mana pun jadual kerjanya, keluarga tetap menjadi keutamaan. Dia akan berusaha membahagikan masa sebaik mungkin untuk suami Salahudin Ghafar dan dua anaknya, Tristen Tareef, 3, dan Isabella Saffiya, 2.

“Sesibuk mana pun, saya akan tetap cari masa untuk suami dan anak-anak. Dalam seminggu paling tidak, dua hari saya akan masakkan untuk keluarga, suap anak-anak makan.

“Kalau tidak pun, saya akan cari masa ajak suami dan anak-anak pergi bercuti,” katanya.

Selain menguruskan perniagaan produk itu, Serina juga kini bergelar penerbit kepada syarikat produksi YKS Film Makers Sdn Bhd, Farmasi Cosway dan sebuah restoran yang baru dibuka Char Kueh Teow Simply Delicious Penang Mai.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/23


Sesiapa berminat untuk mecuba Anggun Serina jangan lupa call/sms/whatsapp/wechat ke 0126864641 (Hafisah) / 0127950700 (Anuar) / 0126805434 (Hamiza)

Serina dulu
 

 
Serina terkini

No comments:

Post a Comment